Friday, November 2

Hilangnya Empayar Islam di Andalusia


                    Assalamualaikum..




Hai..dan salam sayang kepada pembaca ku sekalian.
today,aq nak cite serba sikit la pasal ANDALUSIA.



ANDALUSIA.



pewh..kerek lah tetiba belajar titas kat u dah mula nak bercite kat sini. Pasal tamadun islam. erm,mesti dah ade dlm pale otak korg..




'arghh..boring la sejarah'

     'aq pling nyampah baca sejarah. bukannye penting.'





maybe korang xrasa pape bile bljr kan.

yelah.aq pon ngaku. aq belajar nak lulus peksa jew.

xpatut la actually. sob2..nyesal deh.



korang tau x..

kisah pasal andalusia nie sgt tragik.sedih.

sebagai seorang yg islam kita patut tau 5w and 1H.

kena cakna dgn isu2 semasa.kena lah tau asal usul perkembangan islam dulu yg superb..nie. hebat tau..
so,berbangga lah..



erm.. tak gitu??




nak tau xnape tetiba aq nak share cite sejarah lampau islam nie kat kowang?

xpelik ke? erm,klau tak pelik tu kire korang berada di landasan yg benar.

hehe.


Panaroma. cantiknya.






ok.  
 fakta sejarah iaitu di Eropah pernah terbinanya negara Islam yang paling kuat di dunia.
Salah satu daripada negara di Eropah yang memiliki khazanah Islam yang terkaya adalah di Andalusia atau nama sekarangnya Sepanyol.



Nama Andalusia diambil sempena istilah bahasa Arab, Al Andalus, merujuk kepada bahagian jazirah Iberia.



Sebenarnya, ada kisah amat menarik, tetapi terlalu pahit untuk ditelan buat umat Islam.
Mungkin ramai yang tidak menyedari atau mengetahui sejarah hitam itu, tetapi sedikit info kali ini mungkin boleh dikongsi.

Menangislah anakku, bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki".


Begitulah ucapan seorang bonda raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol.


Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya, Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharam 897 Hijrah yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella.

aha,..spot nama2 diatas nie.King and the Queen's name.
elakkan jew..hmm,xphm xpe..

Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah setelah berkuasa 800 tahun.


Malah, 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya semakin terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya 800 tahun.




Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol, termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 Hijrah.
Ketika itu, beribu-ribu umat Islam yang dijanji boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam atau tanpa perikemanusiaan.
Dalam tragedi tersebut, umat Islam mati bermandikan darah angkara tentera Kristian. Sebelum dibunuh, mereka bersembunyi di rumah masing-masing.tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan membawa mereka keluar dari Sepanyol.


Ketika kapal ditenggelamkan, umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Majoritinya wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung dengan pedang terhunus.


Setelah menerima arahan ketua tentera, umat Islam di pelabuhan itu dibunuh kejam tanpa secebis simpati. Jerit tangis dan takbir terus terdengar, tetapi secara buas tentera Kristian semakin ganas membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Andalusia yang ada di pelabuhan ketika itu berakhir dengan maut. Darah mengalir di merata-rata. Laut yang biru di pelabuhan bertukar menjadi merah kehitamhitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.


Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, apa yang pasti, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara tersebut.
Umat Islam diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan serta tidak ada langsung belas kasihan.
Mereka (penganut Kristian di Sepanyol ketika itu) tidak mahu Islam wujud langsung. Ekoran itu, umat Islam amat tersepit, sehingga ada yang mengaku Kristian, padahal mereka masih Muslim. Ia terpaksa dibuat kerana terlalu perit ancaman yang terlalu sukar untuk diceritakan secara lisan.




Sebenarnya, 800 tahun bukan singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa bertamadun berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya seolah-olah kehebatan tersebut tidak pernah wujud.


Apa yang pasti, Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu.





STIIL STANDING BULIDING

Mezquita-Catederal Cordoba





bangunan megah yang bernama Mezquita-Catedral Cordoba ini telah ditetapkan UNESCO sebagai salah satu bangunan bersejarah dunia. Di sini,bagi yang beragama Kristian,di cathederalnya. Sedang bagi yang beragama Islam,beribadah di masjid.

lihat lah..renung2 kan.


Sekian. wasalam. salam sayang.

No comments:

Post a Comment